comscore
Tumpuan :
Nasional

Anggota Perhilitan cedera diserang gajah liar

KEMAMAN: Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) nyaris maut selepas diserang oleh seekor gajah di kawasan hutan Felda Cherul, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.00 petang itu mangsa yang berumur lingkungan 50-an dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian belakang dan dada selepas dirempuh haiwan liar terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hafiezul Mohamad berkata, ketika kejadian mangsa yang bertugas bersama lapan lagi anggota Perhilitan yang lain sedang dalam operasi pemantauan haiwan liar di kawasan hutan tersebut.

Mangsa bersama rakan-rakan sekerjanya sedang berjalan untuk keluar dari hutan, tiba-tiba seekor gajah muncul dari arah belakang dan terus meluru dan merempuh mangsa.

Mangsa yang tidak dapat bergerak terpaksa diusung keluar dengan pengusung sejauh kira-kira dua kilometer dari kawasan hutan itu.

Anggota Perhilitan itu telah dibawa ke Hospital Kemaman menggunakan jentera unit bantuan perkhidmatan kecemasan bomba untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini