comscore
Tumpuan :
Nasional

Anggota polis pengiring maut dirempuh treler

Keadaan motosikal anggota polis pengiring IPD Jempol yang terbabit kemalangan di Kilometer 6 Jalan Bahau-Kemayan.-Foto ihsan Polis

JEMPOL: Anggota polis pengiring dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6 Jalan Bahau-Kemayan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian 1 tengah hari itu, Koperal Mohd Nadzri Ibrahim, 38 yang menunggang motosikal dari arah Bahau dalam perjalanan ke IPD Jempol.

Katanya ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah treler dipandu lelaki berusia 29 dari arah Kemayan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan motosikal ditunggang mangsa dilanggar di bahagian depan.

“Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pemandu ditahan dan polis akan memohon perintah reman esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jenazah mangsa akan dikebumikan di Baling.

“Mangsa meninggalkan lima anak berusia antara lima hingga 16 tahun,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini