comscore
Tumpuan :
Nasional

Anggota tentera ditemui lemas di Sungai Leleh

KUANTAN: Seorang anggota tentera ditemui lemas di Sungai Leleh, Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang petang tadi ketika beriadah.

Mangsa, Mohd Sabbrie Syabrie Mohd Shah, 28 tahun ditemui di dasar sungai itu pada jam 6.55 petang setelah dipercayai terjatuh.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 3.17 petang.

Seramai lapan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah, Pekan dan Kuantan dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa ditemui 20 minit kemudian oleh pasukan penyelamat,” katanya.

Mayat mangsa yang merupakan anggota tentera beralamat di Cawangan Sumber Manusia Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan tanjut.

Loading...
Terkini