comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Anggota tentera hilang ketika operasi di Limbang


KUCHING: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas operasi Op UKUR di Limbang, Sarawak bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak.

Kehilangan Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim disedari ketua kumpulan operasi terbabit sekitar 12 tengah hari Selasa lalu selepas anggota berkenaan tiada di posisi belakang kumpulan.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat menerusi satu kenyataan berkata, insiden terbabit berlaku pada kedudukan jarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600.

“Usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota JUPEM, namun gagal menemui anggota terbabit.

“Usaha pencarian juga telah dipergiatkan oleh TDM mulai 19 Jun 2024 di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi awam lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara MKN iaitu polis dan Bomba,”

Jelas kenyataan itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei turut mengaturgerakkan aset mereka bagi membantu usaha pencarian anggota terbabit bersama Tentera Darat Malaysia.

Bagaimanapun sehingga kini keberadaan anggota terbabit masih belum dapat dikesan.

Justeru orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu misi pencarian ini serta menjaga perasaan waris anggota terlibat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini