Tumpuan :
Nasional

Angin timuran bawa ribut petir, hujan lebat di timur Semenanjung mulai esok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Penumpuan angin timuran dijangka melanda kawasan timur Semenanjung, mulai esok hingga Khamis minggu depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran melalui laman X berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan analisis model-model cuaca.

Menurutnya, keadaan cuaca itu akan menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang di kawasan terjejas.

“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web: www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini