comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1

KUANTAN: Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini.

Sehubungan itu, ANIH Berhad menutup lorong kecemasan dan kiri laluan itu dan mengaktifkan laluan kontra dari KM116.5 hingga KM119.4.

@buletintv3 ANIH Berhad mengesahkan mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di KM 118.2 – KM 117.8 arah barat LPT1 di Temerloh. Lorong kecemasan dan kiri laluan itu ditutup. #beritatiktok #buletintv3 #lpt2 ♬ Breaking News Background Music (Basic A)(1001538) – LEOPARD

“Pengguna dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan patuhi papan tanda serta arahan petugas di lokasi,” menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi ANIH Berhad hari ini.

Difahamkan mendapan itu disedari berlaku pada pagi ini, dengan punca masih dalam siasatan.

Mendapan itu bagaimanapun tidak menyebabkan insiden tidak diingini. – BERNAMA

Loading...
Terkini