comscore
Tumpuan :
Nasional

Annuar dakwa Facebook rasmi MN diceroboh

Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa. – Foto: NSTP

KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa mendakwa Facebook rasmi Muafakat Nasional (MN) diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pengerusi MN itu berkata setiap perkongsian melalui ruangan Facebook berkenaan bermula 18 Julai adalah tindakan daripada pihak luar dan bukan melalui pengurusan MN.

“Muafakat Nasional akan mengambil tindakan berlandaskan peruntukan perundangan sedia ada. Kita berharap pihak berkuasa bersedia membantu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan media malam tadi.

Loading...
Terkini