Tumpuan :
Nasional

‘ANU 1’ dibida RM269,000

Notis awam bidaan nombor pendaftaran ‘ANU’ oleh JPJ Negeri Perak. – FOTO: JPJ Negeri Perak / Facebook

IPOH: Nombor pendaftaran kenderaan ‘ANU 1’ menerima bidaan RM269,000.

Ia menjadi bidaan tertinggi menerusi sesi berlangsung lima hari bermula 19 Disember hingga 23 Disember lalu bagi siri plat ANU yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak.

Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan berkata, seramai 1,768 pembida menyertai bidaan siri plat itu dengan hasil kutipan bidaan keseluruhan RM2.37 juta.

Menurutnya, daripada 1,768 pembida itu, sebanyak 3,794 nombor sudah terjual.

“Kita ada 10,000 nombor ANU, namun nombor dibida sebanyak 1,768 nombor.

“Namun sebagai perbandingan untuk negeri Perak, jumlah nilai bidaan siri ANU ini tidak dapat menandingi siri plat AMG yang masih mendahului untuk negeri Perak, memandangkan banyak peminat Mercedes Benz membida AMG,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Operasi Ambang Tahun Baru di Hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, di sini malam tadi.

Proses pendaftaran dan bidaan dilakukan dalam talian menggunakan platform JPJeBid.

Bidaan nombor plat ANU berkenaan sebelum ini dilapor mendapat perhatian warganet kerana perkataan “anu” adalah kata ganti nama yang digunakan ketika merujuk kepada seseorang atau sesuatu.

Perkataan ‘anu’ juga dalam percakapan harian turut merujuk kepada sesuatu yang berunsur kedewasaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini