comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar ajak PN sertai kerajaan baharu

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak Perikatan Nasional (PN) menyertai kerajaan perpaduan nasional yang ditubuhkan hari ini.

Beliau berkata, saranan itu dibuat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh dapat mentadbir Malaysia.

Anwar mengakui, walaupun reaksi awal PN agak kurang memberangsangkan, beliau berharap pertimbangan sewajarnya dapat dibuat mereka bagi membolehkan hasrat penubuhan kerajaan perpaduan nasional ini dapat dijayakan.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebaik mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di sini, hari ini.

Loading...
Terkini