comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar bertemu ketua industri perniagaan di Arab Saudi

JEDDAH : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi pertemuan bersama kepala industri perniagaan yang terlibat dalam sektor perdagangan serta pelbagai sektor strategik Arab Saudi.

Dalam pertemuan itu, Datuk Seri Anwar sekali lagi menyeru mereka untuk melabur di Malaysia serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat di Malaysia.

 

Kerajaan kata beliau komited untuk memudahkan setiap urusan pelaburan berkenaan.

“Saya juga galakkan mereka untuk melabur dalam bidang yang menjadi keutamaan Malaysia iaitu teknologi digital, sekuriti makanan dan infrastruktur” kata Anwar

Datuk Seri Anwar berharap usaha ini dapat perkukuhkan lagi kerjasama Malaysia dan Arab Saudi.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz pada 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia) Rabubagi lawatan rasmi tiga hari ke negara itu.

Datuk Seri Anwar berkata kedua-dua negara menjalinkan perhubungan timbal balik yang baik dari segi pelaburan.

Loading...
Terkini