comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar bertemu Presiden Iran dan Sri Lanka untuk teroka kerjasama baharu

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi.

NEW YORK: Malaysia akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan Iran dalam pelbagai bidang untuk manfaat kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyatakan hasrat itu dalam pertemuan bersama Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi di New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Dalam pertemuan ini, Anwar menyatakan hasrat Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu Malaysia turut mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) dan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Ekonomi (JEC) antara kedua-dua negara bagi menghalusi semua potensi skop kerjasama.

Anwar mengakhiri program hari pertama di New York dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama antaranya termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan budaya serta pembangunan sumber manusia.

Pertemuan ini juga memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka bidang kerjasama baharu dalam usaha mengukuhkan kerjasama sedia ada.

Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini