
Oleh: Mohd Redzuan Abdul Manap
DUBAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.
Pertemuan berlangsung di Istana Za’abeel, di sini.
Usaha mengukuhkan hubungan dua hala serta meneroka kerjasama baharu antara dibincangkan kedua-dua pemimpin itu.
Lawatan Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di Abu Dhabi.
Dalam pada itu, hari ini Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Beliau juga akan menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.