comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Anwar dan Erdogan bincang kerjasama perdagangan, pelaburan serta isu islamophobia

 

NEW YORK: Beberapa isu penting dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di sini sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Anwar berkata kedua-dua negara bersetuju meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan, isu Islamophobia dan xenophobia (perkauman).

Anwar berkata Turkiye juga bersetuju supaya Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus mengendalikan  Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul.

“Mereka puas hati dengan kejayaan MAHB pada peringkat pertama, sebab itu mahu sambungan dengan runway (landasan) yang lebih panjang,” kata Anwar.

Menurut beliau ia sokongan yang cukup besar dan keyakinan kepada syarikat Malaysia untuk membangun dan menguruskan Lapangan Terbang Sabiha.

Anwar berkata Erdogan juga bersetuju untuk mengunjungi Malaysia secara rasmi pada akhir tahun ini.

Selain itu kedua pemimpin juga menyatakan komitmen lebih bagi menangani isu perkauman (xenophobia) dan islamophobia.

Anwar berkata pusat kegiatan Turkiye bagi menangani dua isu berkenaan akan tertumpu di Eropah dan Timur Tengah manakala Malaysia pula di sekitar Asia.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini