NEW YORK : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan program lawatan kerja ke New York pada Jumaat dengan menghadiri Majlis Makan Malam bersama diaspora dan pelajar-pelajar Malaysia di sebuah hotel di sini.
Sambutan hangat diberikan kepada program yang diatur oleh pihak kedutaan apabila semua tempat duduk dipenuhi jemputan yang teruja untuk bertemu Anwar.
Terdapat kira-kira 25,000 rakyat Malaysia di Amerika Syarikat berdaftar dengan pihak kedutaaan.
Pagi tadi, Anwar berada di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB bagi menyampaikan Kenyataan Negara sempena Perhimpunan Agung PBB yang ke-78.
Anwar kemudian menjadi pemimpin asing pertama diberi penghargaan menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York ICCNY.
| ARTIKEL BERKAITAN: