comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar jumpa jemaah Malaysia di Makkah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam rangka lawatan tiga hari Arab Saudi meluangkan masa singgah minum malam di restoran D’Saji berdekatan Masjidilharam di Makkah selepas solat sunat Tarawih semalam.

Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.

“Kami juga sempat beramah mesra bersama para jemaah Malaysia yang berada di sini” kata Anwar.

“Mendoakan agar ibadah mereka dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur, InshaAllah”

Terdahulu Perdana Menteri ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, 6.40 pagi Rabu (waktu tempatan).

Sebaik tiba, beliau dan delegasi terus bergerak ke Makkah untuk melaksanakan ibadat umrah terlebih dahulu dan selesai mengerjakan ibadat sunat berkenaan kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan.

Anwar kemudiannya menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (Muslim World League – MWL) Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.

Sepanjang lawatan rasmi tiga hari ini, perdana menteri juga dijadual menghadap Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

Loading...
Terkini