comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar ketuai mesyuarat meja bulat, sasar pelabur berkualiti

Oleh: Hilmi Abdul Malik

DOHA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetuai mesyuarat meja bulat melibatkan lebih 30 syarikat daripada pelbagai industri.

 

Perbincangan berkenaan sedikit sebanyak menyentuh tentang akses pelaburan terkini negara.

Pertemuan itu juga membincangkan usaha untuk menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia selain bertindak untuk menyuntik keyakinan pelabur.

Sebahagian besar mereka yang terlibat terdiri daripada sektor perkhidmatan, pembuatan dan pelaburan.

Antara syarikat gergasi di Qatar yang terlibat termasuklah Estithmar Holding dan Baladna yang mempunyai potensi tinggi untuk menyerap masuk pelaburan mereka ke Malaysia.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu turut diisi dengan perkongsian mengenai Pelan Industri Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Mesyuarat meja bulat itu merupakan penganjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang menyasarkan pelabur berkualiti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini