comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar mohon maaf, cuba cari masa balas komen twitter 

 

KUALA LUMPUR: Selepas memegang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tanggungjawabnya kini semakin bertambah.

Reaksi itu dikongsikan dalam ciapan di Twitter, berikutan ramai mengadu yang beliau sudah semakin jarang menjawab ‘tweet’.

“Ramai mengadu saya jarang jawab ‘tweet’. Tanggungjawab kian (semakin) bertambah, tetapi saya masih mengikuti komen teman-teman di Twitterjaya.

“Insha Allah, saya akan cuba cari ruang dan balas tweet kawan-kawan semua,” katanya di twitter, tengah malam tadi.

Ciapan itu disambut kira-kira 2,144 ulang kicau hingga 12.25 tengah hari ini daripada pengikut twitter Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun itu turut membalas secara sepontan ‘Ok Hai’, ciapan pengguna yang menggunakan nama ‘Reformist’ yang mengatakan, cuba Datuk Seri balas ‘Hai’.

Antara ciapan lain yang menarik perhatian, pengguna bernama Irfan yang mengatakan Perdana Menteri semakin sibuk selepas menjadi Presiden.

“Ya betui (betul), semenjak jadi mr president (Perdana Menteri), kamu eksen (berlagak) ya, jawab salam saya Datuk Seri.

Anwar membalas dengan bersahaja, ‘Salam saudara, Maaf’ hingga membuatkan pengguna itu, memutuskan untuk meletakkan senarai paling atas atau ‘pinned’ ciapan itu, sambil mendoakan Anwar dipermudahkan urusan dan perjuangan diutamakan.

Loading...
Terkini