comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Anwar seru 1.6 juta penjawat awam bangkit lakukan perubahan majukan negara

FOTO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak 1.6 juta penjawat awam supaya bangkit semula melakukan perubahan dalam usaha memaju dan membangunkan negara.

Perdana Menteri berkata tidak seperti pada waktu sebelum ini, ekonomi negara berada dalam keadaan kemerosotan dan ketidakstabilan yang dikatakan ada kaitan dengan kelemahan pimpinan kerajaan terdahulu.

“Saya harap ini satu permulaan baru…negara ini memerlukan perubahan untuk ke tahap yang pernah kita capai dulu malangnya merosot balik ekonominya, baik kestabilannya ataupun disiplinnya.

“Tentunya Tan Sri Peguam Negara (Idrus Harun) tahu mengenai pelanggaran hukum termasuk isu-isu penyelewengan dan rasuah yang kadang-kadang juga ada kaitannya kerana kelemahan pimpinan serta kaitannya dengan peringkat penjawat awam.

“Jadi saya ambil kesempatan ini untuk mengajak saudara dan saya merayu supaya bersama dalam minat, semangat untuk membawa islah atau perubahan ke arah kebaikan,” ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Loading...
Terkini