comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Anwar setuju hasrat Sarawak tubuh syarikat penerbangan butik

 

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, permohonan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Anwar berkata penubuhan syarikat penerbangan itu boleh meredakan keadaan kadar tambang yang mahal khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

“Melihat kepada prestasi dan keupayaan Kerajaan Sarawak, pada dasarnya saya bersetuju tentang penubuhan syarikat penerbangan itu,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Hotel dan Pusat Konvensyen Raia, di sini, hari ini.

“Saya setuju malah dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu dan Rabu ini, kita bincangkan (lagi berhubung kadar tambang penerbangan yang tinggi dan cadangan penubuhan syarikat penerbangan butik Sarawak),” katanya.

Anwar memberitahu, beliau juga sudah beberapa kali mengutarakan isu berkaitan penerbangan antara wilayah itu, dalam perbincangan dengan Jemaah Menteri serta majlis di Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini.

Loading...
Terkini