comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Anwar tidak tergugat kerjasama Dr Mahathir-Muhyiddin

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tergugat dengan kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kembali menjalinkan kerjasama politik.

“Tidak apalah, dia dah letih, dia campur (gabung), okay-okay,” katanya ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?’ di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Dr Mahathir mengakui beliau bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat sama.

Foto: NSTP

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pula dilaporkan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

“Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir.

“Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara,” kata Muhyiddin menerusi Facebook.

Loading...
Terkini