Tumpuan :
Nasional

Anwar ucap tahniah kepada Presiden AS ke-47 Trump

Anwar ucap tahniah kepada Presiden AS ke-47 Trump. -FOTO FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald J. Trump atas pelantikannya sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat (AS).

Menurut beliau, kerajaan Malaysia sedia bekerjasama dengan Trump bagi mengukuhkan hubungan serta saling melengkapkan wawasan antara kedua negara.

“Saya menantikan untuk bekerjasama dengan Presiden Trump bagi mengukuhkan hubungan yang kukuh, saling melengkapi dan berwawasan antara Malaysia dan Amerika Syarikat,” kata Anwar menerusi catatan Facebook malam tadi.

Anwar turut mengalu-alukan kehadiran Trump ke Kuala Lumpur lebih-lebih lagi tahun ini Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN.

“Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, saya berharap dapat mengalu-alukan Presiden Trump ke Malaysia, mengukuhkan komitmen semula Amerika terhadap rantau kami.’

Menurut Perdana Menteri, Presiden Trump membawa pendekatan yang unik dalam menangani cabaran domestik dan global, seperti yang terbukti melalui peranannya yang penting dalam memudahkan gencatan senjata Gaza sebelum pelantikannya.

Malaysia kaanya, bersedia untuk bekerjasama dalam keutamaan bersama ketika pentadbiran Trump berusaha untuk membawa era keemasan baru bagi Amerika.

Semalam Trump mengangkat sumpah sebagai presiden AS untuk penggal kedua.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini