comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar ucap takziah pemergian Presiden Namibia

Foto dikongsikan Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Presiden Namibia, Dr Hage Gottfried Geingob yang meninggal dunia, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, turut berdukacita atas pemergian Geingob.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan takziah serta menzahirkan perasaan simpati kepada Wanita Pertama Madame Monica Geingos dan keluarga mendiang yang sedang berduka, begitu juga dengan kerajaan dan rakyat Namibia,” kata Anwar dalam hantaran melalui media sosial beliau, hari ini

Anwar turut menyifatkan pemergian Geingob sebagai satu kehilangan besar buat Namibia, dan berkata mendiang akan sentiasa diingati kerana kepimpinannya yang cemerlang.“Dedikasi dan komitmen beliau telah menyaksikan kemajuan serta pembangunan di Namibia,” katanya.
– BERNAMA-

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini