Tumpuan :
Nasional

APEC mesti beralih kepada kerjasama ekonomi proaktif daripada gangguan global – PM

FOTO: Ihsan PMO

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

LIMA: Ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mesti beralih daripada langkah reaktif kepada kerjasama ekonomi yang proaktif dan berdaya tahan daripada sebarang gangguan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rangka kerja ekonomi yang bukan sahaja kalis kejutan ekonomi diperlukan, tetapi juga responsif terhadap kejutan berkenaan.

Menurutnya, gangguan global bukanlah keadaan sementara namun norma baharu.

“Bayangkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang mana setiap ekonomi APEC sama ada besar atau kecil, maju atau sedang membangun, mampu menyerap kejutan dan berkembang.

“Ini bermula dengan integrasi digital yang lebih mendalam, kewangan hijau yang kukuh dan komitmen teguh terhadap rantaian bekalan yang adil dan telus,” katanya pada Dialog Tidak Rasmi Pemimpin APEC dengan Tetamu, di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, usaha-usaha itu akan memperkasakan ekonomi anggota APEC untuk menghadapi gangguan dan mengejar model pertumbuhan yang benar-benar menyokong semua ekonomi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini