comscore
Tumpuan :
Nasional

APMM bantu rawat kru kapal tangki putus jari

Tilik Raj dibawa ke jeti pengerang oleh kapal APMM KM Satria untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Pasir Gudang.

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberi bantuan perubatan kepada seorang kru kapal dagang yang putus jari akibat tersepit ketika bertugas semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Johor, Kapten Kama Azri Kamil berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah menerima makluman kapal tangki yang berdaftar dari San Marino pada jam 12.40 tengah hari mengenai kemalangan yang berlaku.

“Seorang anggota kapal tangki putus jari telunjuk tangan kirinya akibat tersepit pada enjin sewaktu bertugas di atas kapal terbabit.

“Justeru sebuah bot ronda Maritim Malaysia diarahkan ke lokasi namun tidak berjaya ekoran faktor cuaca buruk.

“Sebuah lagi kapal maritim, KM SATRIA kemudiannya ditugaskan ke lokasi kapal tangki terbabit pada kedudukan 12.2 batu nautika timur laut Tanjung Punggai dan tiba di lokasi pada jam 5 petang” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, mangsa yang dikenali sebagai Tilik Raj, 59, merupakan warganegara India telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut.

Mangsa dilaporkan berada dalam stabil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini