comscore
Tumpuan :
Nasional

Arab Saudi kongsi kepakaran undang-undang syariah dengan Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Arab Saudi akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala untuk memberi manfaat kepada umat Islam termasuk dalam undang-undang syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Kerajaan Arab Saudi menyatakan kesediaan untuk meneruskan program latihan kepada pegawai syariah khususnya hakim-hakim Mahkamah Syariah.

Perkara itu dimaklumkan selepas perbincangan yang berlangsung bersama Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al-Sulaim pada Khamis.

“Pertemuan itu membincangkan perkara asas untuk mengadakan kerjasama program pembangunan latihan dan kepakaran kepada imam di negara kita untuk mendapat bimbingan daripada Arab Saudi,” katanya dalam satu hantaran di TikTok.

Menurut Mohd Na’im, beberapa perkara mengenai pengurusan haji pada musim hadapan turut dibincangkan untuk menambah baik perjalanan operasi ibadah itu.

Loading...
Terkini