Tumpuan :
Nasional

Arwah Khairul anak yang baik, ringan tulang, banyak bantu keluarga’ – Ahli keluarga

Muhamad Nasri Hamidi, abang kepada Allahyarham Muhammad Khairul Hakeem.

Oleh: Kumaran Rajamoney

KAMPAR: Kehilangan Mohamad Khairul Hakeem Hamidi meninggalkan kesan yang besar kepada keluarga, kata abangnya Muhamad Nasri, 51.

Jelasnya, arwah merupakan seorang yang ringan tulang dan dikenali sebagai individu yang tidak lokek membantu keluarga dan sahabat.

“Ibu kami baru meninggal dua tahun lepas, juga pada bulan November. Arwah Khairul banyak mengambil tanggungjawab menjaga dan menguruskan soal penjagaan ibu kami dan sebagainya.

“Saya sedih kerana dia ada impian untuk kami mengadakan aktiviti menunggang motosikal secara bersama, dengan seorang lagi abang. Namun impian itu tidak kesampaian,” katanya.

Jelas Muhammad Nasri, kali terakhir pertemuan dengan adiknya itu adalah ketika pulang ke kampung bersama untuk menghadiri sebuah majlis.

“Kami kali terakhir bercakap adalah menerusi panggilan telefon adalah dua hari lepas. Memang intipati perbualan mengenai dia akan ke Gopeng untuk menghadiri program bersama rakan-rakannya dari Jabatan Kerja Raya (JKR).”

Muhammad Khairul merupakan anak bongsu dari enam beradik, meninggkan seorang Isteri, dan tiga orang anak berusia dinatara enam hingga 12 tahun.

Jenazah Muhammad Khairul akan dikebumikan di kampung halamannya di Masjid Ar-Rayyan Kampung Bukit, Pokok Sena, Kedah.

Arwah yang bertugas sebagai Penolong Jurutera Kanan JKR Langkawi, antara 21 peserta program riadah rakit arus deras yang lemas selepas bot dinaiki terbalik aiibat arus deras kepala air.

Turut meninggal dunia dalam kejadian itu, Jurutera Daerah JKR Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Suhaili Mat Saad dan Pegawai Khidmat Pelanggan JKR Langkawi, Muhammad Ikram Abdul Bari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini