comscore
Tumpuan :
Nasional

 ‘Arwah sempat beli durian kunyit untuk dinikmati kami anak-beranak’ 

Norbi menunjukkan gambar arwah adiknya, Mohd Shukri, anggota BBP Kuala Krai. – FOTO: NSTP

KUALA KRAI: Anggota bomba yang maut selepas bas ekspres dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh di Kampung Kubang Rusa awal pagi tadi dikenali sebagai seorang yang baik dan disenangi ramai.

Baca juga: [VIDEO] Bas rempuh pokok, tiga maut

Menurut kakaknya, Norbi Mat Nor, 58 dia menerima panggilan telefon daripada salah seorang adiknya di Kuantan memaklumkan mengenai kemalangan menimpa arwah, namun dia tidak percaya dan mengambil keputusan menghubungi seorang lagi adiknya di Kuala Lumpur.

“Ketika mendapat kepastian adik meninggal dunia dalam kemalangan bas ekspres, tubuh saya menggeletar dan terasa bagaikan bermimpi

“Selepas mendapat kepastian, saya yang tinggal di Kampung Raja, Besut terus bergegas ke rumah arwah dan ketika sampai di rumahnya di Guchil, semua ahli keluarga arwah di Unit Forensik Hospital Kuala Lipis bagi urusan bedah siasat.

Katanya, arwah adalah seorang yang baik dan bersikap bersahaja menyebabkan ramai selesa berkawan dengannya selain mempunyai ramai kenalan tidak mengenal pangkat.

“Kali terakhir, saya berjumpa dengan arwah tiga minggu lalu dan ketika itu arwah sempat membeli durian kunyit untuk dinikmati kami anak-beranak ketika berkumpul di kebun. Itulah kenangan terakhir saya bersama arwah,” katanya ketika ditemui di Guchil, di sini, hari ini.

“Dalam keluarga kami, selain arwah yang berkhidmat sebagai anggota bomba, dua adiknya juga berkhidmat dalam pasukan berkenaan termasuk anak arwah yang juga pasangan kembar dan bertugas sebagai bomba bantuan di BBP Kuala Krai,” katanya.

Baca juga: Nahas bas ekspres: ‘Tidak sangka perjalanan terakhir arwah’

Dalam kemalangan 1.55 pagi itu, pemandu bas, Ab Aziz Daud, 56, dan seorang warga Bangladesh, Hossain Kamal, 41, turut meninggal dunia.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor selepas Isyak.

Loading...
Terkini