comscore
Tumpuan :
Nasional

ASEAN perlu kekal bersatu demi keamanan & keselamatan serantau

VIENTIANE: Malaysia mengingatkan negara anggota ASEAN untuk kekal bersatu menjadi peneraju utama keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam situasi ketegangan global yang meningkat serta polarisasi yang kelihatan semakin mendominasi, perpecahan antara anggota ASEAN dilihat berisiko untuk dieksploitasi.

“Keretakan dan perpecahan dalam ASEAN berisiko dieksploitasi sehingga menjejaskan keterpusatan dan kesepaduannya.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab negara-negara anggota ASEAN, untuk menolak tawaran yang cenderung kepada perpecahan.

“Untuk itu, ASEAN mesti tegas dan berani dalam menghantar mesej yang jelas kepada dunia yang yang rantau ini mesti kekal bersatu.” tegasnya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi pleno di Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.

Sesi itu berlangsung seusai acara pembukaan yang dihadiri semua ketua dan wakil negara anggota ASEAN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini