comscore
Tumpuan :
Nasional

Aset pertahanan negara hanya diperoleh melalui GtoG dan MoU yang dipersetujui – MINDEF

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memaklumkan pembelian aset pertahanan negara melalui perolehan secara government-to-government (GtoG) ketika ini dilaksanakan berdasarkan Memorandum of Understanding (MoU) yang dibuat dengan kerajaan negara yang berkenaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, melalui MoU itu, kerajaan negara berkenaan akan mengenalpasti Original Equipment Manufacturer (OEM) atau syarikat yang mempunyai keupayaan untuk berkontrak dengan pihak kementerian.

“Pendekatan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penglibatan orang tengah serta elemen monopoli keterlaluan dalam mendapatkan anggaran harga dan spesifikasi bagi sesuatu perolehan”

Adly berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang meminta minta Kementerian Pertahanan menyatakan bagaimanakah pencapaian setakat ini terhadap usaha Kerajaan Madani untuk mengelakkan orang tengah dalam pembelian aset- aset pertahanan negara melalui pendekatan government-to-government (G2G) yang lebih telus dan bertanggungjawab serta menjimatkan kos.

Mengulas lanjut, Adly turut memaklumkan, rundingan hanya dilaksanakan dengan syarikat yang dipilih oleh kerajaan negara berkenaan setelah Kementerian membuat due diligence berkaitan keupayaan dan kewangan syarikat serta ketetapan spesifikasi pengguna.

Di samping itu, Kementerian Pertahanan juga sentiasa memastikan perolehan yang dilaksanakan melalui kaedah GtoG ini masih mengikut peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini