comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ASP, Sarjan pula ditahan susulan kes pemerasan RM1.25 juta

KUALA LUMPUR: Dua lagi polis ditahan termasuk seorang berpangkat Asisten Superintendan (ASP) susulan kes pemerasan RM1.25 juta ke atas individu yang disiasat berhubung kes mata wang kripto.

Selain ASP, seorang lagi ditahan membabitkan anggota berpangkat Sarjan menjadikan keseluruhan keseluruhan lima ditahan termasuk pegawai berpangkat Asisten Komisioner (ACP) susulan kes itu sehingga kini.

Tan Sri Razarudin Husain. – Foto NSTP

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbaru itu untuk untuk siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan perintah reman selama empat hari juga diperoleh ke atas tiga pegawai kanan polis yang ditahan sebelum ini, dengan semuanya bertugas di sebuah bahagian di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.

“Tangkapan membabitkan pegawai JSJK telah diberi reman empat hari bermula hari ini yang akan berakhir Selasa ini,” katanya.

Terdahulu, tiga pegawai kanan berpangkat ACP, Superintendan dan Inspektor berusia antara 38 hingga 50 tahun dilapor ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini susulan kes pemerasan itu.

Razaruddin mengesahkan siasatan awal dijalankan mendapati semua suspek menafikan pembabitan dalam kes disiasat itu.

Siasatan kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini