comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia


LONDON: Pengeluar ubat Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.

Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.

Permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei, menurut laporan itu.

Permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang telah meluluskan vaksin itu, dikenali sebagai Vaxzevria, pada bulan akan datang.

AstraZeneca tidak segera mengulas ketika dihubungi Reuters.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini