comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Asyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO baharu

KUALA LUMPUR : Bekas ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu yang baharu.

Beliau mengambil alih tanggungjawab itu daripada Datuk Seri Ahmad Maslan yang kini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media sebentar tadi selepas mesyuarat MKT di Menara Dato Onn, WTC di ibu negara.

Turut diumumkan pelantikan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Isham Jalil yang kini ahli MKT.

Berita lanjut menyusul

Loading...
Terkini