comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

[VIDEO] Atasi isu lesu upaya, KKM tambah kapasiti kakitangan di fasiliti

Oleh Amirulhakim Lokman 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha untuk meningkatkan kapasiti kakitangan di fasilitinya, berikutan isu lesu upaya yang dihadapi dalam kalangan petugas kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu memerlukan perbincangan teliti kerajaan, membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi meluluskan perjawatan bersesuaian.

“Kita akan kenal pasti bagaimana langkah ke hadapan untuk hospital yang berdepan dengan masalah kesesakan untuk kita memikirkan klinik bersesuaian dan jumlah kakitangan serta dana yang mencukupi daripada kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi mengenai perancangan KKM untuk mengelakkan masalah lesu upaya dalam kalangan petugas kesihatan.

Beliau berkata, ketika ini projek khusus di bawah Ketua Setiausaha Negara, Petugas Khas Reformasi Sektor Awam STAR sedang dilaksanakan untuk meneliti masalah berkenaan.

Loading...
Terkini