comscore
Tumpuan :
Nasional

ATM sahkan kenderaan Malbatt ditahan penduduk tempatan, tiada kecederaan anggota

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) mengesahkan kenderaan pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 850-11 ) yang menyertai misi United Nations Interim Force In Labenon (Unifil) di tahan penduduk tempatan di Beirut, Lubnan pada 29 Februari lalu.

MK ATM dalam kenyataan berkata, tiada sebarang kecederaan anggota, kehilangan peralatan atau kerosakan kepada kenderaan dalam insiden berkenaan.

“Kejadian itu juga sudah dirujuk kepada Lebanese Armed Force (LAF). Malbatt 850-11 akan meneruskan rutin tugasan seperti mandat yang ditetapkan Unifil.

“Semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, insiden itu berlaku pada jam 4.30 petang (waktu Lubnan) ketika konvoi dua buah kenderaan Malbatt 850-11 dalam perjalanan ke ‘Unifil Staging Area’ berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri, Beirut.

“Salah sebuah kenderaan jenis Fitted For Radio (FFR) jenama Cendana Auto bersama lima anggota Malbatt 850-11 terpisah daripada konvoi akibat kesesakan lalu lintas.

“Kenderaan berkenaan memasuki kawasan Hay Al-Sellom di Dahiyeh, Selatan Beirut bagi membuat pusingan U untuk kembali ke laluan sebenar,” katanya.

Bagaimanapun ketika membuat pusingan U untuk keluar dari kawasan perkampungan sekumpulan penduduk tempatan serama 15 hingga 20 orang menyekat kenderaan berkenaan.

“Kumpulan penduduk berkenaan meminta anggota Malbatt 850-11 untuk memberikan penjelasan serta tujuan kenderaan melalui kawasan itu memandangkan ia adalah kawasan milik persendirian.

“Kumpulan penduduk tempatan itu juga memeriksa bahagian dalam kenderaan bagi tujuan tertentu.

“Anggota dan kenderaan Malbatt 850-11 kemudiannya dibenarkan meneruskan tugasan selepas memberikan penjelasan kepada penduduk terbabit,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini