Tumpuan :
Nasional

ATM tahan 12 PATI lintas sempadan Malaysia-Thailand jam 1 pagi

FOTO: NSTP

BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba memasuki negara ini melalui laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata mereka dikesan di kawasan bawah Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) kira-kira jam 4.45 pagi.

“Pasukan operasi yang melaksanakan rondaan mengesan pergerakan dua individu, dipercayai tonto membawa seramai 12 PATI berjalan memasuki kawasan sempadan Malaysia.

“Sewaktu diserbu, pasukan operasi berkenaan berjaya menahan 11 PATI dan dua tonto manakala seorang lagi PATI berjaya melarikan diri.

“Bagaimanapun, PATI itu berjaya ditahan pada hari yang sama jam 9.40 pagi. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati 12 PATI ini adalah warga Myanmar berusia antara 15 hingga 45 tahun.

“Mereka dipercayai melintasi sempadan Malaysia Thailand kira-kira jam1pagi,” katanya memetik laporan BH Online.

Menurut kenyataan itu, turut dirampas wang tunai berjumlah RM270 selain matawang Myanmar sebanyak 727,500 Kyat (RM1,758), Thailand (2,820 Bhat atau RM363), 13 telefon bimbit dan motosikal jenis Honda RSX 150 serta Honda Wave 110 dengan anggaran nilai keseluruhan RM17,431.

Katanya, PATI berkenaan kemudian diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini