comscore
Tumpuan :
Nasional

ATM usir lima PATI cuba masuki Sarawak

LUNDU: Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan ketika cuba menyusup masuk secara haram ke negara ini melalui laluan lorong tikus berdekatan sektor Pos GABMA di Biawak di sini.

Ia selepas kehadiran mereka dikesan anggota Angkatan Tentera Malaysia ATM yang sedang melakukan rondaan bersama Tentera Nasional Indonesia (TNI) di sektor berkenaan.

Sel Perhubungan Raya Markas Satu Divisyen Tentera Darat Malaysia (TDM dalam satu kenyataan berkata kesemua PATI terbabit ditahan sekitar jam 10.30 pagi tadi (22 Mei) pada Jarak 118 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

 

“Pemeriksaan yang dilakukan terhadap kesemua PATI berusia antara 20 hingga 49 tahun itu mendapati mereka dalam usaha memasuki negara ini untuk mencari pekerjaan,” kata kenyataan itu.

Kesemua PATI terbabit kemudiannya dibawa ke kawasan Sempadan Malaysia-Indonesia sebelum tindakan pengusiran dilakukan terhadap mereka.

Satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran yang dilakukan terhadap PATI berkenaan dilaksanakan mengikut peraturan semasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini