comscore
Tumpuan :
Nasional

Awak di mana?

Norhawani kali terakhir dilihat dirumahnya Isnin lalu. Foto ihsan PDRM

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di sekitar Bandar Sunway, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja perempuan itu jam 11.15 malam Selasa.

“Remaja perempuan bernama Norhawani Mohd Azwan Abdullah kali terakhir dilihat berada di rumah di Jalan PJS 8/14, Bandar Sunway. Kali terakhir Norhawani dilihat berada di rumah lebih kurang jam 6 petang, Isnin lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh berhubung dengan mana-mana balai terdekat atau hubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 0379662222.

Loading...
Terkini