comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ayuh berbincang, demi memartabatkan agama Islam – PM Anwar

 

BUKIT MERTAJAM: Demi memartabatkan undang-undang Islam dan memperkasakan mahkamah Syariah, kerajaan terbuka menerima pandangan semua pihak termasuk ahli-ahli politik di setiap negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu kemudiannya akan diperhalusi dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum dibawa untuk perkenan Majlis Raja-Raja.

“Semalam dalam mesyuarat depan Sultan Selangor, saya kata saya setuju jawatankuasa (MKI) ini bersidang.

“Jumpalah siapa pun, tak kira ulama mahu pun mufti atau parti di semua negeri dan bincanglah dengan baik, kita ambil sikap terbuka untuk mendengar pandangan mereka”, Anwar berucap demikian dalam Majlis Perasmian Masjid Jamek Tengah Berapit, disini.

Namun ujarnya, setiap negeri mempunyai had untuk merangka undang-undang dan tidak boleh melangkaui kuasa Persekutuan.

Serentak merasmikan masjid itu, Anwar turut meluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta khusus untuk pembangunan projek kecil bagi tujuan mengimarahkan masjid.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini