comscore
Tumpuan :
Nasional

Azan awal, jemaah Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan diminta qada puasa

 

 

YAN: Umat Islam yang bergantung kepada laungan azan Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, untuk berbuka puasa pada 30 Mac lalu, diminta qada puasa.

Ia susulan berlaku kesilapan laungan azan dua minit lebih awal berbanding waktu berbuka yang ditetapkan pada jam 7.28 malam.

Timbalan Pengerusi Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, Ahmad Nasir, berkata kesilapan itu terjadi disebabkan berlakunya masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid berkenaan.

“Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Khamis 8 Ramadan bersamaan 30 Mac 2023 disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.

“Jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masild Jame’ Badlishah Pekan Yan untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada,” katanya dalam kenyataan yang diedar kepada penduduk sekitar.

Loading...
Terkini