comscore
Tumpuan :
Nasional

Azhan bersemangat tolak kerusi roda ibu keluar mengundi

Azhan tetap bersemangat menolak kerusi roda ibunya untuk keluar mengundi awal pagi, biarpun pulang lewat malam daripada penggambaran. – Foto IG Azhan Rani

KUALA LUMPUR: Keuzuran ibu pelakon Azhan Rani, Salmah Budin, 76, tidak menghalangnya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), biarpun terpaksa berkerusi roda.

Biarpun pulang ke rumah, jam 3 pagi, namun Azhan tetap bersemangat ‘menolak’ ibunya di awal pagi ke pusat pengundian di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.

“Saya memilih pergi mengundi lebih awal kerana bimbang sukar mendapatkan tempat letak kereta dan mengelak daripada kesesakan orang ramai sekiranya keluar lewat.

“Walaupun sampai ke rumah daripada penggambaran jam 3 pagi, saya tetap keluar awal kerana bimbang terpaksa beratur panjang.

“Lagipun, saya mahu sambung tidur kerana pulang lewat selepas kepenatan bekerja semalam,” katanya kepada BH Online.

Loading...
Terkini