comscore
Tumpuan :
Nasional

Azmin Ali ‘Tersungkur’, Amirudin Shari menang bergaya

FOTO: NSTP

Oleh Juliana Pija

GOMBAK: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘tersungkur’ di kawasan jajahannya selepas tiga penggal menakluki Parlimen Gombak.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menang bergaya dengan majoriti 12,729 undi.Amirudin yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) meraih 72,267 undi meninggalkan Azmin yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 59,538 undi.

‘Panglima Selangor’ itu turut menyingkirkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang meraih undi 30,723.

Turut tewas, calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir memperoleh 2,223 undi dan seorang calon Bebas, Zulkifli Ahmad mendapat 675 undi.

Loading...
Terkini