comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Badan penguat kuasa diarah ambil tindakan tanpa kira kedudukan, fahaman

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua badan penguat kuasa untuk mengambil tindakan segera sekiranya mendapati wujud pelanggaran undang-undang tanpa mengira kedudukan serta fahaman.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha untuk memperbetulkan kekhilafan soal kewangan yang dirompak mendapat tentangan luar biasa dari pelbagai pihak.

“Ada guna kaum atas nama Melayu, ada guna Islam dan terus tanpa menyiasat, tanpa mendengar laporan daripada penyiasat badan penguat kuasa dan terus sebut ini soal tindakan politik dan sebagainya.

“Kita ambil tindakan terutama dari segi hukum berdasarkan fakta dan hukum, bukan untuk merekayasa,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan warga Kementerian Kewangan (MoF) di sini pagi ini.

Beliau berkata, beberapa kerosakan dikesan berpunca daripada arahan atasan.

Bagaimanapun, Anwar bersyukur kerana barisan Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan membuat ketetapan untuk tidak mengizinkan amalan dan budaya lampau diteruskan.

“Maka alasan untuk kita jalankan kerja, lulus kontrak dan projek tidak tepati peraturan terutama tatakelola baik adalah tidak terpakai lagi.

“Sekarang ini terserah kepada ketua pengarah, ketua bahagian, pimpinan kementerian untuk memastikan hal ini tidak berlaku di semua peringkat,” katanya.

Sementara itu, Anwar menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

Justeru, beliau berkata, ahli politik tidak perlu melaungkan soal kebersihan melainkan dapat merekodkan prestasi baik.

“Satu dunia tahu Malaysia tercemar kerana kleptokrat adalah sebuah sistem melibatkan ramai pihak, ada yang telah dan belum disiasat serta ada didakwa dan belum didakwa.

“Saya bersyukur kerana pimpinan di MoF nampak lebih tegas dan keras mematuhi peraturan kerana ini budaya dan tradisi kita di sini,” katanya.

Loading...
Terkini