comscore
Tumpuan :
Nasional

Bahang PRU-15 Tidak Jejas Sambutan Deepavali

Oleh Siti Khadijah Jaafar.

SHAH ALAM: Sambutan Deepavali oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh negara tetap meriah di sebalik bahang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang semakin dirasai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sekaligus mencerminkan keharmonian dan kesejahteraan  yang didukung keluarga Malaysia.

“Inilah sebenarnya keharmonian yang diperlukan bagi kita untuk meneruskan pembangunan negara dan saya lihat walaupun dalam keadaan musim nak menghadapi pilihan raya tapi ia tidak menjejaskan sambutan tidak seperti digambarkan oleh pihak lain seolah kita tidak menghormati sensitiviti dan perasaan kaum india”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis rumah terbuka Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran di Kota Kemuning, Shah Alam pagi tadi.

Hadir sama Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Lebih 50 tetamu termasuk ahli keluarga dan sahabat handai memeriahkan rumah terbuka itu – BULETIN TV3

Loading...
Terkini