comscore
Tumpuan :
Nasional

Baik pulih LRT Laluan Kelana Jaya selesai

Kakitangan Rapid Rail berusaha membaiki kerosakan yang selesai malam ini. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kerja baik pulih komponen yang rosak akibat disambar petir bagi tren perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya selesai dijalankan, malam ini.

Pengendali perkhidmatan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), berkata, sehingga jam 10 malam, semua operasi tren yang melalui stesen LRT Kerinchi kini beroperasi secara automatik dan normal di kedua-dua hala.

“Pasukan jurutera akan terus memantau kestabilan sistem di kawasan terbabit.

“Rapid Rail sekali lagi ingin memohon maaf kepada pengguna di atas kesulitan yang dihadapi,” kata kenyataan itu.

Petang ini, LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami gangguan , dipercayai akibat gangguan teknikal.

Rapid Rail menyebut, gangguan berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) yang teraktif secara tiba-tiba disyaki disambar petir di Stesen LRT Kerinchi dan menyebabkan tren dari kedua dua arah tidak dapat melalui kawasan berkenaan.

Terdahulu, RapidKL memaklumkan kekerapan perkhidmatan tren di beberapa stesen antara Kerinchi dan Ampang Park mengalami kelewatan lewat kira-kira 15 minit selepas sebuah tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan akibat masalah teknikal.

Loading...
Terkini