comscore
Tumpuan :
Nasional

Baik pulih paip pecah di Jalan Tun Razak sedang dilaksana, jangka selesai awal pagi esok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Tun Razak di sini sedang dilaksana dan dijangka selesai pada jam 2.40 pagi ini (22 Mei).

Air Selangor memaklumkan kawasan yang terjejas susulan insiden ini ialah Jalan Tun Razak, Suria KLCC, Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Institut Jantung Negara, Hospital Kuala Lumpur, Titiwangsa, Pekeliling, Jalan Pahang Barat, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Tun Ismail.

“Segala usaha diambil bagi meminimakan impak gangguan bekalan air kepada para pengguna yang terjejas. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan ke Help Centre di Aplikasi Air Selangor atau hubungi talian 15300,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Air Selangor turut melaksanakan kerja-kerja mengesan paip yang disyaki bocor di hadapan bangunan Intermark dan Vista Damai di Jalan Tun Razak.

Susulan insiden itu, laluan utama Jalan Tun Razak yang menghala ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) mengalami kesesakan pagi tadi, berikutan hanya satu laluan di hadapan Vista Damai beroperasi susulan kerja-kerja penyenggaraan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini