comscore
Tumpuan :
Nasional

Bajet 2023: Kadar RMT Untuk Murid Naik Lagi Seringgit

KUALA LUMPUR: Kadar untuk makanan bermasak program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 bagi Semenanjung.

Selain itu, kadar berkenaan juga dinaikkan daripada RM3 kepada RM4 bagi pelaksanaan RMT di Sabah dan Sarawak.

Kenaikan kadar baharu RMT itu akan berkuat kuasa bulan ini dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM777 juta.

Penambahbaikan program RMT dijangka memberi manfaat kepada 800,000 murid dan 7,300 pengusaha kantin sekolah. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini