comscore
Tumpuan :
Nasional

Bajet 2023: PERKESO Sedia Bantuan Mobiliti Pencari Kerja Di Semenanjung, Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyediakan bantuan mobiliti sebanyak RM500 untuk meringankan beban pencari kerja.

Bayaran itu akan diberikan kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin, manakala bantuan mobiliti RM1,000 pula membabitkan penghijrahan jarak jauh iaitu dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.

Menerusi Bajet 2023 pula, sebanyak RM150 juta disediakan kerajaan dalam Insentif Penggajian PERKESO yang membuka peluang kerjaya kepada 70,000 pencari kerja.

Menerusi insentif ini, sejumlah RM600 hingga RM750 ringgit sebulan akan dibayar untuk tempoh tiga bulan kepada majikan.

Ia bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia yang menganggur daripada golongan seperti orang kurang upaya (OKU), Orang Asli, bekas banduan dan wanita yang kembali bekerja.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini