comscore
Tumpuan :
Nasional

Bakar tilam sebab isteri tidak ajak pergi kenduri

Foto hiasan

AMPANG JAYA: Marah kerana tidak dibawa bersama ke majlis perkahwinan anak saudara, seorang lelaki berang dan bertindak membakar tilam dan bantal di dalam bilik kediaman di Taman Pandan Mewah, di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail isteri suspek berusia 57 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci tiba di rumah pada jam 9 malam dan terhidu bau terbakar di dalam rumahnya.

Katanya sebaik wanita itu membuat pemeriksaan, dia mendapati tilam dan bantal dalam bilik dibakar oleh suspek menggunakan pemetik api.

Namun ketika dia tiba, api sudah dipadam oleh suspek.

“Susulan itu pada jam 10.10 malam, polis menahan lelaki berusia 61 tahun di kawasan Taman Pandan Mewah.

“Polis membuat rampasan pemetik api bagi membantu siasatan. Hasil ujian air kencing terhadap suspek dapati negatif dadah dan suspek tiada rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, siasatan awal mendapati punca suspek marah kerana isterinya ke Kajang tanpa membawa dia untuk hadir majlis perkahwinan anak saudara.

“Permohonan reman suspek di Mahkamah Ampang dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 23 Januari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan merujuk kepada khianat api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan,” katanya.

Loading...
Terkini