comscore
Tumpuan :
Nasional

Bangkai ikan lumba-lumba terdampar di Pantai Ruat

Oleh: Kumaran Rajamoney

YAN: Bangkai seekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pesisiran Pantai Ruat, di sini sekitar jam 5 petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Zul Izzi Zulkifli berkata, pihaknya menerima makluman mengenai penemuan itu melalui aduan orang awam.

“Seramai 6 orang petugas telah respon dan bergerak ke lokasi kejadian. Setelah sampai dilokasi kejadian, anggota APM Yan mendapati seekor ikan lumba-lumba telah terdampar di pantai disyaki terkena kipas bot.”

“APM kemudiannya bertindak memaklumkan kepada pihak Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan mengalihkan bangkai ikan tersebut ke lokasi lain bagi tindakan seterusnya,” katanya.

Ikan lumba-lumba tersebut dianggarkan sepanjang 1.8 meter dan berat 220 kilogram

Untuk rekod, ini merupakan kes pertama penemuan bangkai ikan lumba-lumba yang dikendalikan APM Kedah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini