comscore
Tumpuan :
Nasional

Bangunan Akademi SPRM selamat diduduki

KUALA TERENGGANU: Bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur, disahkan selamat diduduki berikutan runtuhan tanah berhampiran premis itu, 25 April lalu tidak membabitkan bangunan itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, runtuhan berpunca daripada paip bawah tanah yang pecah dan hanya melibatkan laluan ke akademi terbabit.

“Kajian dilakukan mendapati bangunan MACA selamat untuk diduduki dan digunakan dengan kerja-kerja sementara termasuk menaikkan tanah yang terjejas di lokasi sudah siap.

“Kerja utama termasuk baik pulih laluan dan beberapa kerosakan, termasuk pondok keselamatan, akan dimulakan. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2025,” selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Terengganu (PKMMT), di sini hari ini.

Pada 25 April lalu,  dua blok bangunan MACA diarah dikosongkan  susulan kejadian tanah runtuh, kira-kira jam 1 tengah hari.

Tanah runtuh berlaku di hadapan pintu masuk bangunan sehingga meruntuhkan sebuah pondok kawalan keselamatan.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis, berkata siasatan mendapati punca tanah runtuh disebabkan kebocoran paip bawah tanah berhampiran bangunan berkenaan.

Katanya, siasatan dilakukan Unit Forensik Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati wujud takungan air di luar pagar akademi itu, yang mungkin disebabkan hujan lebat selain kebocoran paip bawah tanah.

Loading...
Terkini